Thursday, October 31, 2019




PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan:

1 paket serbuk agar-agar - 11gm
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastard
1 tin fruit cocktail - boleh tambah apa jenis buah yang sesuai

Cara:

1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Pukul telur dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastard, masukkan fruit cocktail.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai, sejukkan dan hidangkan.
Daging Kaprau

Bahan-bahannya:
Daging yang telah diperap dengan Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bawang besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.

2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering.

3. Lepas itu, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.

4. Masukkan sedikit gula…. Dah siap….



RESEPI MEE JAWA
Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:
================= Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus


RESEPI MEE CHAMPA

BAHAN KUAH
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

caranya
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita ..

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 nsegala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..

SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ...

AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

maaf sebab lambat post resepi ni.. tukang masak biasa campak2 je bahan2 dlm periuk tp nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua

Sumber: tahrunnisah jali