Thursday, August 1, 2019


Jus/smoothie Nenas+Labu siam

Sebijik nenas
Sebijik labu siam
1 - 2 cwan air masak ikut kepekatan yg anda nak(kalau nk buat jus,utk smoothie xpyh tambah air)

Cara2

Kupas nenas bersih2,blend tanpa air slow2 sampai jus nenas tu keluar dan nenas hancur baru masukkan labu siam yg siap di potong(ini klu nak buat smoothie)
Kalau nak jus boleh blend sekali,nenas labu siam n masukkan air,Blend sampai betul2 hancur,kalau ada jus maker boleh je guna..

Simpan dalam peti ais,Minum secawan 1/2 jam sebelum tido @ secawan sebelum sarapan (utk yg xda masalah gastrik)
Minum ikut sukatan hari2 sampi jus habis.

Minum air kosong banyak utk menyingkirkan lemak dan kolestrol yg di pecahkan dgn cepat dr badan.

*** utk yg ada masalah "Asam urat/Gout" sila tanya doctor anda sebelum mencuba.

Biskut kelapa kita.. Biskut legend ada yg suka tak...
Resepi biskut kelapa
1 cwn Planta / marjerin/butter
1 biji Telur
1 cwn Gula
1 cwn Tepung gandum
3 cwn tepung jagung
2 cwn kelapa kering( digoreng/sangai) dibiarkan sejuk dulu baru campur dlm adunan
Gula + planta + telur kacau bg sebati
Campurkan tepung gandum n tepung jagung n kelapa kering ..adun sampai sebati.. terap dgn bentuk yg disukai n atas nya sapu kuning telur n tabur kelapa kering yg diwarnakan.. Bakar suhu 160 ikut oven masing2 ye.. Selama lebih kurang 20 minit


Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara Penyediaan:

Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut