Tuesday, April 30, 2019

Resipi Bihun Soto + Sambal Kicap
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Kacang tanah - goreng
Ok ni resepinya:
500g serbuk florenta
500g almond slice
200g kuaci hijau
100g kuaci putih
20g bijan putih
20g bijan hitam
Kertas cupcake yg licin dlmnya “size L” (ada lapisan plastik biasanya bercorak polkadot) saya guna 60keping. Senang nnt bole isi banyak2 dulu.
Cara2:
- Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.
- Kemudian Bakar kuaci hijau n putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.
- Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bg wangi.
- Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florenta.
- Gaul sehingga sama rata.
- Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
- Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
- Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu n mudah je tanggalkan. Cup bole guna semula untuk round seterusnya.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Selesai semua boleh simpan n guna cup tu buat cupcake tuk raya pula πŸ˜Š

Friday, April 26, 2019

Bilik EKSKLUSIF untuk di sewa bagi semua majlis. Berhawa dingin. Cukup selesa.
Kelas muzik di VidiVox Studios. Lokasi di Bandar Puteri Bukit Mahkota. Kepada yang ingin belajar boleh hubungi kami.
Lokasi: Bandar Puteri Bukit Mahkota Kajang Selangor



Tuesday, April 23, 2019




Jadilah cahaya, walau tak tersentuh tetapi sentiasa menerangi, Jadilah angin walau tak nampak tetapi selalu membuat kita rasa dingin. Luvely Sat friends😍




Perkhidmatan PRODUKSI VIDEO. ▶️ Saya ada menyediakan perkhidmatan seperti dibawah ini: 1. Merakam dan Penyuntingan majlis perkahwinan.

Friday, April 19, 2019

Resepi tepung pelita
Bhn bhgn bawah
1 cwn tpg beras
1 cwn gula
5 cwn air
10 helai daun Pandan (blend guna 1cwn air dr 5 cwn tu utk ambik patinye)
1 sudu mkn air kapur (1/2 sdk kapur ambil Air yg jernih sj.)
Sedikit pewarna hijau jika perlu
Cara
Campur semua bahan dan tapis.
Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul sampai dah agak nak pekat perlahankan api dan kacau sehingga nmpak berkilat dan meletup dan bergelembong. Tutup api dan masukkan dlm acuan.
Bahagian ats/putih
4 sdb tpng beras
4 cwn santan..(sy guna santan fresh siap proses rm3 campur air jd kan 4cwn.
2 sdk garam
(2-3helai daun pandan utk extra wangi K)
Cara..
Campur semua bahan dan tapis. Masuk kan adunan sekali daun pandan..
Masak atas api sederhana sentiasa dikacau agar tidak berketul.
Apabila adunan sudah pekat &ada gelembong meletup2,tutup api.
Sebelum tuang adunan putih tabur sikit gula pasir ats adunan bwh dlm setiap bekas td.. Dan baru tuang ke atas lapisan hijau td..
Sejukkan dulu baru simpan dlm peti ais lg nyaman utk di mkn
Resepi Mee Kari Simple

4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)😊😊

bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi

Cara2

Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... 😊😊😊😊