MINIKIMANIS KITCHEN
Hello everyone, it’s my first go to see at this website, and post is genuinely fruitful for me, keep up posting these articles.
Sunday, June 26, 2022
kenangan yang dapatku lupa sahabat...
Sunday, December 13, 2020
Rendang Daging
Bahan-Bahan
• 2 kg daging
• 6 biji bawang sederhana besar
• 8 ulas bawang putih
• Sebesar 2 jari halia
• Sebesar 2 jari kunyit hidup
• Sedikit lengkuas
• 6 batang serai
• Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
• Santan kotak 500ml
• Kerisik
Cara – cara memasak:
1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
3. Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Nota: Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.)
5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
6. Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Kalau guna resepi Opah, Opah gunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
7. Siap!
Saturday, May 2, 2020
Puding Roti
7-8 keping roti
3 sudu besar kismis
Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Thursday, January 23, 2020
Monday, January 20, 2020
Bubur som som pencuci mulut
========================
Bahan bahannya
1 bungkus tepung Hun Kwee
1 cup tepung beras
2 kotak santan
200ml air
Garam secukupnya
Daun pandan ..
Satukan semua bahan ..masukan dalam periuk yg agak tebal ..dg api yg sederhana masakan adunan tadi hinga kental dan berkilat ..pastikan betul betul masak ..sejukkan dan boleh di hidang di makan dg air gula
BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
===========================
Bahan-bahan
Kacang hijau - rendam semalaman
Sagu biji
Air secukupnya - untuk merebus kacang sehingga kembang
1 sudu besar minyak masak - nak bagi cepat empuk kacang tu
Santan
Daun pandan
Garam
Gula pasir
Gula merah/perang - untuk bagi warna lebih cun je
Gula melaka
Durian - ikut le banyak mana suka tapi jangan le sampai nampak durian pulak dari kacangnya hihihi... Gurau je
Caranya
1. Rebus kacang hijau, air, garam dan minyak masak atas api sederhana. Tujuannya nak percepatkan proses rebus kacang tu bagi kembang. Kalau tak masukkan garam dan minyak masak harus kena berjam-jam baru nak empuk. Banyak gas terbuang.
2. Bila dah empuk (isi kacang hijau tu pecah-pecah) masukkan pelbagai gula, durian, daun pandan yang disimpul, biji sagu dan santan. Kacau nak bagi biji sagu tu tak melekat antara satu sama lain. Lagi pun kalau dibiarkan kang santan tu pecah minyak pula. Hancur jadinya. Jadi kena hati-hati yer.
3. Biarkan mendidih dan dah dapat kepekatan yang kita sukan boleh terus tutup api. Kalau nak cair sikit boleh le nak tambah sikit air lagi. Dah mendidih baru tutup api.
**Kot tak nak atau tak der durian, skip le part yang masukkan durian tu yer. Sedap gak kalau makan begitu saja.
Dah siap!!! Boleh le kalo nak dihidangkan. Makan lak dengan roti banggali kalau ada lagi masuk.. Kot tak guna je roti apa yang ada kat dapur tu. Kalau rasa terlebih rajin, tanak sikit pulut. Makan sedapppp. Pulut tu boleh buat Pulut Durian pulak. Lagi best..
Saturday, January 11, 2020
Tak tau nak mulakan ayat, mukadimah macam mana. Dah lama rasanya tak menulis ni. Bila stalker gedix tu dah masuk campur hal aku, automatik aku rasa malas nak update. Tapi rasa lain bila tak menulis, jadi aku buat keputusan untuk rehat sekejap daripada dunia blog ni.
Bila dah masuk sebulan, aku rasa bosan pulak sebab banyak cerita nak dikongsi dengan kawan blog tapi tak terluah. So, bila ada masa hari ni, aku terus online & buat blog baru. Blog yang lama tu biar je jadi kenangan. Lagipun aku dah start hidup baru, mulakan perubahan sikit demi sikit. Hidup biar enjoy je, jangan ada masalah, & jangan cari masalah.
okeylah, nanti ada masa aku update lagi..
Wednesday, January 1, 2020
PAKEJ PERTH TERMASUK FLIGHT*
Tuesday, December 31, 2019
Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)
Garam, gula, aji
Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.
masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!
Resepi daging goreng kunyit.
.
BAHAN2;
-daging lembu(batang pinang)
-bwg putih diketuk
-bwg besar dimayang
-cili api ptg kecik
.
CARA2;
-gaul daging bersama serbuk kunyit,gaeam n sedikit serbuk perasa
-tumis bwg kecik,bwg besar n cili api hingga naik bau
-masukkn daging
-goreng hingga air daging kering n sesikit garing
-kacau..
*dah siap..sempoi giler je kan..